Pages

Monday, July 12, 2010

Surah an-Nur. ayat 35.


Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayat petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu dengan sendirinya memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayat yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayatNya itu dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. / (35)

Pengaruh Bahasa.


Jika kita ingin mencipta karisma dalam diri, ampuhkan teknik kita berkomunikasi. Bagi memastikan proses komunikasi lancar dan mantap, perbaiki kemahiran berbahasa. Dalam bab 29 buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni, saya tekankan pentingnya bahasa dalam mempengaruh seseorang:
"Justeru pilih perkataan yang tepat dan ketahui bila dan bagaimana menggunakannya. Ia akan memberi kesan kepada seseorang. Perkara ini boleh dilihat dengan jelas pada pemimpin terbilang dunia seperti Winston Churchill atau Martin Luther King. "
Tuan Shamsuddin Kadir mengumpamakan berkomunikasi dengan slanga adalah seperti perbezaan di antara pasar dan pasar raya. Katanya:
"Apabila kita bercakap dan menulis, individu di sekeliling kita akan tahu sama ada kita ini bertaraf ‘pasar’ ataupun ‘pasar raya’."
Kata Prof. Emiritus Abdullah Hassan:
"... mereka yang mempunyai kemahiran berbahasa yang lancar, lengkap, terpelajar, akan dipersepsi sebagai pemimpin yang baik. Ini sangat penting bagi membentuk karisma seorang pemimpin."

Wednesday, June 9, 2010

~Tetap Terjadi~

~~Doa~~


BISMILLAHIRAHMANIRAHIM...
Ya Allah,
sebagai mana
Engkau pernah menghantar burung² ababil
untok menghancurkan tentera bergajah
musrikin.
maka kami memohon padamu Ya Allah,
turunknlah bantuan mu kali
ini kepada orang² Islam di Palestin,
hancurkanlah rejim zionis sedahsyat
dahsyatnya
..Amin Ya Robal Alamin

~Salam~


Welcome to my blog.